Friday, December 14, 2012

KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Ahli psikologi berpendapat perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani ,kognitif, emosi , sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan persekitaran.
            Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek jasmani ,kognitif, emosi dan  sosial.

Aspek
Pertumbuhan
Perkembangan
Jasmani
Pertumbuhan saiz , berat , gigi, organ deria, anggota..
Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan,melihat ,mendengar,
membuat kerja, ..

Mental
Bertambah keupayaan berfikir
Kemahiran memikir, mengingat, menaakul, menganalisis, ..

Emosi
Perasaan seronok, gembira, duka , takut, sedih, ..
Kemahiran mengawal perasaan, dalam situasi tertentu

Sosial
Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.
Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.

Pertumbuhan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan  hingga akhir hayat.Pertumbuhan dan perkembangan saling berkaitan. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi, dan sosial.Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat berikut :
a.      Peringkat pralahir (pranatal)                      - dalam kandungan 9 bulan
b.      Peringkat bayi                                          - 0 – 2 tahun
c.       Peringkat awal kanak-kanak                     - 2 – 6 tahun
d.      Peringkat pertengahan kanak-kanak          - 6 – 9 tahun
e.      Peringkat akhir kanak-kanak                     - 9 – 11 tahun
f.        Peringkat awal remaja                               - 11 – 15 tahun
g.      Peringkat pertengahan remaja                   - 16 – 18 tahun
h.      Peringkat akhir remaja                              - 18 – 21 tahun
i.        Peringkat dewasa                                      - 21 – 60 tahun
j.        Peringkat tua                                             - 60 tahun ke atas

            Peringkat yang menampakkan banyak unsur pertumbuhan dan perkembangan seseorang adalah pada peringkat bayi hinggalah peringkat akhir kanak – kanak iaitu ketika berumur 0 hingga 12 tahun.Dalam lingkungan tersebut, pelbagai perubahan yang unik akan berlaku iaitu dari aspek psikomotor, kognitif , dan emosi serta sosial.

1 comments:

7alif7

terima kasih, membantu saya.!

Post a Comment