Friday, December 14, 2012

KONSEP PROSES PEMBELAJARAN


Setiap manusia akan menggunakan organ deria untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam persekitarannya.Organ manusia akan digunakan untuk memilih rangsangan yang sesuai daripada persekitarannya seterusnya memprosesnya di dalam minda mereka untuk menjadi satu pengetahuan atau pengalaman yang bermakna.

          Pengetahuan atau pengalaman yang diperoleh semasa proses pembelajaran dapat dilihat sebagai satu perubahan dalam tingkah laku manusia.Proses pembelajaran berlaku dalam 6 peringkat iaitu rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ, pemprosesan makna melalui pemikiran, pengetahuan dan pengalaman baru terbentuk, penyesuaian dengan situasi yang lazim, dan perubahan dalam bentuk tingkah laku.

Sesuatu proses pembelajaran dikatakan berlaku selepas berlakunya tindak balas terhadap rangsangan itu.Proses pembelajaran akan berterusan sekiranya terdapat dorongan yang menggerakkan kesedaran individu untuk meneruskan makna rangsangan itu.Proses pembelajaran juga akan berakhir apabila perubahan tingkah laku itu kekal.


                        



0 comments:

Post a Comment