Thursday, November 29, 2012

TEKNIK INTERVENSI SPESIFIK UNTUK MEMPERBAIKI BAHASA KANAK-KANAK AUTISME.


TEKNIK INTERVENSI SPESIFIK UNTUK MEMPERBAIKI
                 BAHASA KANAK-KANAK AUTISME.

1.   Picture Exchange Communication System (PECS)
*    Wallin (2004),PECS merupakan system komunikasi augmentative yang dibentuk untuk membantu individu memperoleh salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.
*    Hallahan dan Kaufman (2006),PECS memungkinkan individu untuk membuat permintaan,memilih item-item,dan menyatakan perasaan dengan menggunakan kad-kad gambar sebagai pertukaran kepada komunikasi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
*    PECS menggabungkan tingkahlaku dan teknik pengajaran incidental untuk memperkembangkan komunikasi sosial kanak-kanak bermasalah pembelajaran (dalam Zaleha Tambi Adam,2009)

2.   Discrete Trial Training
ü Satu unit asas yang bermula dengan stimulasi
ü Cadangan pelaksanaan :-
§  Mulakan dengan stimulasi
§  Respon kanak-kanak selaras dengan satu tempoh sebelum stimulasi seterusnya
§  Pengukuhan – pada reaksi yang betul
§  Respon salah beri tindak balas verbal diikuti dengan dengan pembetulan
3.   Privotal – Response Model
Ø Prinsip yang berkaitan analisa tingkah laku.Pembelajaran menumpukan kepada privotal area meliputi respon pelbagai ingatan,motivasi, respon yang sesuai dan kawalan tingkah laku.
Ø Cadangan pelaksanaan :-
§  Intervention Setting : persekitaran yang khusus – berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak
§  Jumlah intervensi : menyediakan intervensi yang paling efektif dalam masa yang singkat
§  Intervention Agent : bilangan individu yang terlibat (tenaga seperti ahli keluarga)
§  Tingkah laku sasaran
4.    Developmental Individual Difference Relationship-based Model (DIR)
§  Fokus kepada 3 elemen iaitu
1.   Tahap perkembangan emosi kanak-kanak
2.   Perkembangan reaksi sensori
3.   Perubahan dan motor planning dan hubungan kanak-kanak dengan orang lain
§  Cadangan langkah pelaksanaan
ü Membentuk perasaan kanak-kanak secara sengaja
ü Membina kognitif,bahasa dan social asas secara sengaja
ü Perkembangan melalui enam fungsi perkembangan emosi
ü Menggabungkan teknik intervensi lama ke dalam program komprehensif-reaksi mudah untuk membentuk simbol komunikasi

KESIMPULAN


KESIMPULAN

      Kanak –kanak autism menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka juga tidak mempunyai sebarang niat untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kesukaran dapat dikesan apabila kanak-kanak sindrom ini tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada sesuatu pembelajaran.ini disebabkan mereka tidak boleh menumpukan kepada sesuatu untuk suatu tempoh masa yang lama.

        Kanak-kanak autism ini perlu diberikan bimbingan dan dorongan untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Kanak-kanak ini perlu diberi ruang untuk belajar bergaul dan mempelajari kemahiran sosial yang berlaku dalam situasi sosial.Apabila individu autistik mengalami masalah dalam kemahiran sosial, maka mereka perlu didedahkan dengan kemahiran yang mudah yang diperlukan sebelum diperkenalkan dengan tingkah laku yang lebih kompleks.