Friday, December 14, 2012

KONSEP PROSES PEMBELAJARAN


Setiap manusia akan menggunakan organ deria untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam persekitarannya.Organ manusia akan digunakan untuk memilih rangsangan yang sesuai daripada persekitarannya seterusnya memprosesnya di dalam minda mereka untuk menjadi satu pengetahuan atau pengalaman yang bermakna.

          Pengetahuan atau pengalaman yang diperoleh semasa proses pembelajaran dapat dilihat sebagai satu perubahan dalam tingkah laku manusia.Proses pembelajaran berlaku dalam 6 peringkat iaitu rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ, pemprosesan makna melalui pemikiran, pengetahuan dan pengalaman baru terbentuk, penyesuaian dengan situasi yang lazim, dan perubahan dalam bentuk tingkah laku.

Sesuatu proses pembelajaran dikatakan berlaku selepas berlakunya tindak balas terhadap rangsangan itu.Proses pembelajaran akan berterusan sekiranya terdapat dorongan yang menggerakkan kesedaran individu untuk meneruskan makna rangsangan itu.Proses pembelajaran juga akan berakhir apabila perubahan tingkah laku itu kekal.


                        



KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Ahli psikologi berpendapat perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani ,kognitif, emosi , sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan persekitaran.
            Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek jasmani ,kognitif, emosi dan  sosial.

Aspek
Pertumbuhan
Perkembangan
Jasmani
Pertumbuhan saiz , berat , gigi, organ deria, anggota..
Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan,melihat ,mendengar,
membuat kerja, ..

Mental
Bertambah keupayaan berfikir
Kemahiran memikir, mengingat, menaakul, menganalisis, ..

Emosi
Perasaan seronok, gembira, duka , takut, sedih, ..
Kemahiran mengawal perasaan, dalam situasi tertentu

Sosial
Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.
Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.

Pertumbuhan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan  hingga akhir hayat.Pertumbuhan dan perkembangan saling berkaitan. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi, dan sosial.Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat berikut :
a.      Peringkat pralahir (pranatal)                      - dalam kandungan 9 bulan
b.      Peringkat bayi                                          - 0 – 2 tahun
c.       Peringkat awal kanak-kanak                     - 2 – 6 tahun
d.      Peringkat pertengahan kanak-kanak          - 6 – 9 tahun
e.      Peringkat akhir kanak-kanak                     - 9 – 11 tahun
f.        Peringkat awal remaja                               - 11 – 15 tahun
g.      Peringkat pertengahan remaja                   - 16 – 18 tahun
h.      Peringkat akhir remaja                              - 18 – 21 tahun
i.        Peringkat dewasa                                      - 21 – 60 tahun
j.        Peringkat tua                                             - 60 tahun ke atas

            Peringkat yang menampakkan banyak unsur pertumbuhan dan perkembangan seseorang adalah pada peringkat bayi hinggalah peringkat akhir kanak – kanak iaitu ketika berumur 0 hingga 12 tahun.Dalam lingkungan tersebut, pelbagai perubahan yang unik akan berlaku iaitu dari aspek psikomotor, kognitif , dan emosi serta sosial.

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


Tingkah laku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan kanak­kanak dan remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang kritikal.
          Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang dikenalpasti oleh pakar-pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan social),penguasaan bahasa lisan (pertuturan ) dan membaca, perkembangan kemahiran dan matematik.
          Antara jenis kumpulan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah :-
a.  Lembap
b.  Sindrom Down
c.   Hiperaktif
d.  Gangguan tingkah laku
e.   Cerebral palsy
f.    Pelbagai kecacatan
g.  Terencat akal ringan dan sederhana
h.  Autistik/autism.
i.    Masalah bertutur
j.    Epilepsi
k.   Hipoaktif
          Kebiasaannya, golongan ini mempunyai atau akan mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal,emosi,sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan kanak-kanak golongan biasa atau pelajar-pelajar normal.Mereka memerlukan perhatian yang lebih dan juga keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermakna di samping keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Rujukan: Shahabudin Hashim,Mahani Razali,Ramlah Jantan (2003), Psikologi Pendidikan,Siri Pendidikan Perguruan,Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

KLASIFIKASI MASALAH TINGKAH LAKU


Menurut  DSM­IV  (Dragnostik +  Statistikal Manual of  Mental Disorders of  the American Psychiatric Association)  masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut  senarai tingkah laku criteria membuat  tingkah laku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh  pakar­pakar 
psikiteris dan psikologis. Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah tingkah laku dilihat sebagai: 
i.                   Tingkahlaku yang mengganggui (Disruptive Behavior)  iaitu  
tingkahlaku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya “out – of – seat”, merayau­rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa. 
ii.                 Tingkahlaku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkahlaku kurang  matang. Misalnya sering menangis,  “tantrums”,  terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkahlaku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan­kawan. 

iii.              Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang  
                     terlalu segan dan takut melibatkan diri dalam situasi       
                     sosial.  Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada 
                     bermain atau berkomunikasi dengan kanak­kanak lain. 
iv.              Tingkahlaku yang berulangan (stereo type behaviour) iaitu   
sesetengah kanak­kanak misalnya kanak­kanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata “rocking” dan lain­lain. 
v.                 Tingkahlaku yang agresif  iaitu tingkahlaku di mana seseorang  
kanak­kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda. 
          Achenbach & Edelbrock pula mengkategorikan tingkahlaku sebagai : 
i.                   Tingkahlaku ‘externalizing’ ditujukan kepada orang lain dan  
persekitaran bersifat ‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu orang lain.  Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku sehingga menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contoh perlakuan tidak duduk di tempat  duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah, mengganggu rakan, memukul,  berkelahi atau bergaduh,  tidak menghiraukan arahan guru,mencuri, merosakan harta benda ,vandalism,berbohong dan
sering marah­marah. 
ii.                 Tingkahlaku ‘unternalising’ ditujukan kepada diri yang bersifat 
mengasingkan diri‘compulsive’,  selalu sedih, pemalu,  berfokus kepada ketakutan dan fantasi . Keadaan sebegini mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu namun tingkahlaku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal.




Monday, December 10, 2012

ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi (0 – 2 tahun), peringkat awal kanak – kanak ( 2 – 6 tahun ) dan peringkat akhir kanak – kanak ( 9 – 11 tahun ). Pada setiap peringkat perkembangan ini, kanak-kanak akan mengalami perubahan yang unik dari  aspek tertentu seperti psikomotor , kognitif dan emosi serta sosial dan bahasa.Jadual berikut menunjukkan aspek-aspek perkembangan kanak – kanak.

Peringkat
Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Psikomotor
Bayi
0 - 2
§  Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot.Tulang masih lembut
§  Mula mengenal objek dalam sekitar melalui organ deria dan tangan
§  Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain
§  Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan dengan sempurna
Awal
Kanak - kanak
2 - 6
§  Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi
§  Mempunyai satu set gigi susu
§  Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya
§  Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal
Kanak - kanak
6 - 11
§  Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik
§  Otak mata sudah matang untuk membaca
§  Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan
§  Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa

Peringkat
Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Psikomotor ( Jasmani )
Bayi
0 - 2
Ø  Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan gerak geri
Ø  Mula mengaitkan objek dengan kata-kata
Awal
Kanak – kanak
2 - 6
Ø  Mula menggunakan bahasa sebagai ganti kepada gambaran benda
Ø  Mula membentuk konsep yang mudah
Ø  Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura
Ø  Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan cirri-ciri amnya.
Kanak - kanak
6 - 11
Ø  Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu
Ø  Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubungannya dengan simbol bahasa


Peringkat
Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial
Bayi
0 - 2
Ø  Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan
Ø  Mula ada perasaan cemburu dan irihati
Awal
Kanak - kanak
2 - 6
Ø  Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama
Ø  Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru
Ø  Perasaan cemburu semakin bertambah
Ø  Suka bermain sendiri
Ø  Hanya suka bergaul dengan saudara-mara yang berumur sama
Kanak - kanak
6 - 11
Ø  Mula sedar tentang perasaan lain
Ø  Emosi semakin stabil
Ø  Suka bergaul dengan rakan sebaya
Ø  Suka bermain secara berpasukan


Peringkat
Umur
( Tahun )
Aspek Perkembangan Bahasa
Bayi
0 - 2
·         Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang
·         Mengulang-ulang bunyi yang sama
·         Meniru suku kata yang mudah
Awal
Kanak - kanak
2 - 6
·         Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah
·         Boleh menyatakan idea dengan melukis gambar
Kanak – kanak
6 - 11
·         Boleh menggunakan simbol bahasa untuk menghubungkan objek
·         Memperoleh kemahiran pertuturan dalam pergaulan sosial.




Rujukan : Mok Soon Sang , ( 2003 ),Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn.            
                  Bhd.