Tingkah laku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian
diri adalah suatu keadaan
yang biasa terjadi dalam kalangan kanakkanak dan
remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah
pembelajaran yang kritikal.
Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah mereka yang dikenalpasti oleh pakar-pakar
profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses
pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan
social),penguasaan bahasa lisan (pertuturan ) dan membaca, perkembangan
kemahiran dan matematik.
Antara jenis
kumpulan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah :-
a. Lembap
b. Sindrom Down
c.
Hiperaktif
d. Gangguan tingkah laku
e.
Cerebral palsy
f.
Pelbagai kecacatan
g. Terencat akal ringan
dan sederhana
h. Autistik/autism.
i.
Masalah bertutur
j.
Epilepsi
k.
Hipoaktif
Kebiasaannya,
golongan ini mempunyai atau akan mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari
segi fizikal,emosi,sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan
kanak-kanak golongan biasa atau pelajar-pelajar normal.Mereka memerlukan
perhatian yang lebih dan juga keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang
dihadapi supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermakna di
samping keluarga dan juga masyarakat sekeliling.
Rujukan: Shahabudin Hashim,Mahani
Razali,Ramlah Jantan (2003), Psikologi
Pendidikan,Siri Pendidikan Perguruan,Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
0 comments:
Post a Comment