Thursday, November 29, 2012

DEFINISI AUTISME.


Autisme merupakan satu fenomena baru di Malaysia berbanding perkembangannya di negara-negara Barat.Ia mula menjadi salah satu bidang kajian apabila Leo Kanner mengemukakan dapatan beliau daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap 11 orang kanak-kanak di John Hopkins Hospital,Baltimore,Maryland.Kanner mendapati kanak-kanak itu mempunyai satu set tingkah laku yang berbeza dan dinamakan sebagai  satu sindrom early childhood autism (Wing 1976)

          Eugene Blueler merupakan orang yang pertama sekali menggunakan perkataan autism yang merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.Walaubagaimana pun kini istilah autism merujuk developmental disorder  atau masalah perkembangan.Istilah autism dikenali sebagai autisme dalam bahasa Melayu.

          Menurut kamus perubatan,autisme adalah penyerapan dalam fantasi sebagai pelarian daripada realiti.Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme.Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder,1994:

                   “Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions which prevents a person from organizing and understanding information transmitted by their senses.It can cause a person to withdraw into own self and can affect social interactions with the outside world dramatically.”

            Daripada definisi dapatlah difahami bahawa autisme adalah satu fenomena yang serius dan akan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan yang positif boleh berlaku.Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder,lagi autisme adalah sejenis ketidakupayaan yang agak serius terhadap perkembangan yang amat ketara dalam tiga tahun pertama dalam kehidupan seorang kanak-kanak.Autisme juga dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi.Kadar kejadian autism ialah 16 kes dalam 10,000 kelahiran (Rodler 2000).Kemungkinan untuk anak lelaki mendapat autistik adalah empat kali ganda (4:1)berbanding dengan perempuan.Autisme didapati dalam keluarga daripada semua etnik dan latar belakang sosial.


            Autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme bererti aliran. Dalam erti kata lain, autism bermaksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.Autisme juga dikategorikan sebagai ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial,gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.

          Viayan a/l Gopal merujuk autism sebagai gangguan perkembangan pervasive ( pervasive developmental disorder) .American Psychiatric Association (1994), pula menyatakan bahawa gangguan ini berkisar kepada tiga perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang stereotaip dan terhad.

          Gejala autism mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun.Kanak-kanak sindrom ini sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.Kanak-kanak autism juga akan mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap.Mereka juga berkemungkinan tidak dapat bertutur sebaliknya hanya akan mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan oleh orang lain.Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.
         
          Trevarthen et.al (1998),menyatakan hampir kesemua kes autism menghadapi gangguan interaksi sosial,masalah kemahiran berkomunikasi dan aspek imaginasi.Namun begitu,tahap gangguan ini tidak sama di antara satu individu autism berbanding yang lain (Wing 1976).Kanak-kanak autism kategori teruk menghadapi masalah yang serius berbanding dengan kanak-kanak autism kategori ringan dan berfungsi tinggi.(Jordan 1997 )

          Persatuan Autisme Amerika Syarikat telah mendefinasikan autism sebagai ketidakupayaan yang rencam,kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak belum meningkat umur tiga tahun.Ia berpunca daripada kecelaruan neurological yang mengganggu fungsi otak kanak-kanak autism.Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autism adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.

          Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia ( NASOM) menjelaskan autism sebagai suatu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi.Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung.Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ,seni muzik ,”rote memory” dan lain-lain.


                 Vijayen Gopal (2001), Autisme :Satu Pengenalan,Esei Pendidikan Jurnal Keningau,Bil.3,Jabatan Pengajian Melayu

                   Rodler,Patricia M,2000.”The Early Origin of Autism”.(dalam talian), http://www.autism-info.com/orgausta.html ( 30 November 2000)

                   Wing, Lorna (pngr.).1976. Early Childhood Autism:Clinical ,Educational and Social Aspects,Oxford: Pergamond Press.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME

CIRI-CIRI PSIKOMOTOR

Aspek
Ciri-Ciri / Tingkah laku
Psiko-motor
ü  Tingkah laku yang hiperaktif atau hipoaktif

ü  Melakukan perbuatan atau gerakan yang sama dan berulangkali seperti bergoyang-goyang,mengepak-ngepak,mendekatkan mata ke televisyen,berlari atau berjalan mundar-mandir

ü  Tidak suka kepada perubahan

ü  Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan reaksi

ü  Sensitif pada sentuhan

ü  Tidak suka dipegang atau dipeluk

ü  Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga

ü  Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain

ü  Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

ü  Tidak pernah mengikut cara biasa,dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegang

ü  Suka dengan objek yang berputar-putar seperti kipas

ü  Apabila menyukai sesuatu benda,terus dipegang dan membawa ke mana-mana sahaja


ASPEK KOGNITIF

Aspek
Ciri-Ciri/ Tingkah laku
Aspek Kognitif
*      Kebanyakan mempunyai daya kognitif yang lemah

*      Sebahagian kecil mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan bakat yang mengagumkan

*      Mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad

*      Akan memberi tumpuan kepada perkara yang mereka sukai (stimulus overselectivity)

*      Mampu menerima input daripada deria tetapi  mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting

*      Tidak mampu mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama

*      Tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran

*      Tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu

*      Sukar membuat atau memahami jenaka

*      Ada dalam kalangan kanak-kanak sindrom ini mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi – mampu selesaikan masalah matematik yang rumit

ASPEK AFEKTIF (

Aspek Afektif
Ciri-ciri / Tingkah laku
Perkembangan
emosi
Ø  Sukar membuka hubungan secara emosi dengan orang lain

Ø  Tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain,adakala tunjukkan kemesraan yang melampau

Ø  Sering marah,ketawa dan menangis tanpa sebab,mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang disukainya.

Ø  Suka merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya,menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran jika emosinya terganggu

Ø  Akan mencederakan diri sendiri, tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Perkembangan
Sosial

Ø  Bermasalah apabila berinteraksi dengan orang lain – cuba mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain.
Ø  Kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka – tidak senyum apabila orang lain senyum kepada mereka,tidak membalas lambaian,tidak menepuk tangan
Ø  Masalah tingkah laku social ini dikategorikan kepada 3 iaitu :
1. Penghidratan sosial ( social avoidant) –mengelak daripada sebarang interaksi sosial
2.  Bersikap tidak acuh / tidak peduli (social indifferent)- mengambil sikap tidak peduli dengan keadaan sekeliling walaupun tidak perlu menghindari pergaulan
3.    Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) – berlaku apabila individu autistic cuba untuk berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu.

Rujukan :http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PKU3102_
Pengenalan_Kepada_Masalah_Bahasa_Dan_Komunikasi.pdf

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME


Bagi Micheal Rutter (1979),masalah kanak-kanak autism tidak hanya menggunakan bahasa pertuturan yang sedikit,sebaliknya bagi kanak-kanak yang boleh bertutur,bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa yang abnormal.Ramai kanak-kanak dengan masalah autism tidak mempunyai bahasa pertuturan langsung iaitu antara 28 hingga 61 peratus (dalam Kuder,2003)

            Bahasa kanak-kanak autism adalah terhad dan tidak fleksibel.Kanak –kanak autism yang dapat bertutur ,banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan.Topik juga adalah terhad dan mempunyai masalah dalam bahasa (gesture) yang bersesuaian. Masalah kanak-kanak autism dikategorikan kepada tiga iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa.

            Bentuk bahasa kanak-kanak autism dibahagikan kepada tiga iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis.Kajian terhadap proses pertuturan kanak-kanak autism mendapati perkembangan fonologi kanak-kanak autism adalah sama dengan perkembangan kanak-kanak normal,namun mengalami kelewatan dalam urutan perkembangan fonologi.Kanak-kanak autism mengalami masalah berkenaan ciri-ciri suprasegmental dalam pengeluaran bunyi (tekanan dan sebutan).Mereka digambarkan bercakap seolah-olah menyanyi,mempunyai keadaan turun naik dalam kesungguhan vocal iaitu terlalu tinggi dan terlalu lembut.Mereka juga sering menggunakan sebutan yang tidak sesuai dengan maksud sesuatu perkataan.Kanak-kanak sindrom ini mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap dalam monotone yang berpunca daripada ketidakupayaan kanak-kanak ini memproses ciri-ciri pertuturan suprasegmental , namun kajian gagal membuktikan hipotesis tersebut. (Kuder,2003)

            Ada pula kalangan pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental ( prosodi).Kelainan prosodi seperti berikut ( Modul OUM,2007)
i.              Irama yang stereotaip
ii.            Pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah
iii.           Pertuturan yang monotonus dengan suara yang terhad
iv.           Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi ketika percakapan

            Kajian terhadap morfologi kanak-kanak autism mendapati wujudnya persamaan dan perbezaan antara perkembangan bahasa kanak-kanak autism dengan kanak-kanak normal. Fein & Waterhouse dalam kajiannya mendapati pemerolehan morfem antara kanak-kanak autism dengan kanak-kanak yang mengalami masalah schizophrenic dan kanak-kanak yang kurang upaya, tidak terdapat perbezaan yang ketara sama ada dalam jumlah morfem yang digunakan atau dari segi kekerapan penggunaan morfem (dalam Kuder,2003).

            Hasil kajian bagi aspek sintaksis kanak-kanak autism mendapati perkembangan sintaksis mereka perlahan dan mempunyai masalah dari segi penggunaan bahasa dalam situasi sosial. Gunningham (1968),telah melakukan kajian terhadap perkembangan pertuturan ke atas seorang kanak-kanak autism selama lima tahun ( umur 6 hingga 11 bulan) dan mendapati MLU kanak-kanak itu meningkat secara mendadak dari 19 ayat kepada 30 ayat dalam masa 6 bulan pertama.Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak autism sering meninggalkan tatabahasa morfem dan fungsi perkataan (dalam Kuder,2003). Pierre & Bartolucci (1977),dalam kajiannya untuk membandingkan perkembangan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak autism,kanak-kanak kecacatan mental dan kanak-kanak normal mendapati perkembangan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak autism jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal..Bahasa kanak-kanak autism kurang kompleks berbanding dengan kanak-kanak lain walaupun kanak-kanak autism menggunakan struktur ayat atau bahasa yang sama (dalam Kuder,2003).

ASPEK SEMANTIK

            Kanak – kanak autism dikatakan mempunyai bahasa mereka tersendiri (idiosinkratik) iaitu maksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik kerana menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.Mereka mampu mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi baru.Kesukaran untuk mengorganisasi, menggunakan dan menyelesaikan masalah adalah bentuk masalah kemahiran semantic yang dikaitkan dengan autism.Volden & Lord (1991) memdefinasikan idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.Kanak-kanak autism juga akan mengalami masalah dalam penggunaan ayat yang betul.



Kanak-kanak autism mengalami masalah dari segi hubungan sosial iaitu dari segi pragmatik bahasa.Bahkan lagi, kanak-kanak autism disifatkan sebagai kaku dan ketidaksesuaian bersosial (Shapiro & Fish 1969).Tigerman – Faber (2002) menyenaraikan masalah pragmatik yang berkaitan dengan autism (dalam Kuder,2003) iaitu
i.              Memula dan menamatkan interaksi
ii.            Mengekalkan topik perbualan
iii.           Melaksanakan peranan pendengar dan penyampai maklumat
iv.           Menggunakan pergerakan untuk mencapai matlamat komunikasi

PENGGUNAAN BAHASA ( SEMANTIK )

            Selain itu,kanak-kanak autism juga menghadapi masalah dari segi penggunaan bahasa,contohnya kata ganti nama kerana kekeliruan yang melibatkan rujukan jantina seperti ‘he’ atau  ‘she’.Seringkali kata ganti ‘you’ digunakan untuk dirinya ‘I’ untuk orang lain. Kanak-kanak autism juga mengalami ekolalia iaitu tingkah laku mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan dan berlaku secara automatic.Ekolalia dapat dikategorikan kepada tiga iaitu
i.    Ekolalia serta-merta (immediate ecolalia) – pengulangan yang tepat dan serta-merta
ii.         Ekolalia lewat (delayed ecolalia) – diucapkan agak lewat atau agak lama
iii.      Ekolalia ringan (mitigated) – pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan

            Bagi kanak-kanak autism ,ekolalia terjadi dengan kekerapan yang tinggi dan dalam jangka masa yang lama (mungkin usia agak dewasa).Mereka kurang memahami akan apa yang didengari dan akan meniru sahaja sebutan tersebut.Mereka juga tidak berani untuk berkomunikasi dengan ibu bapa,rakan-rakan, guru dan orang lain di sekelilingnya.



PENGUJIAN UNTUK KANAK-KANAK AUTISME


Ramai individu melahirkan kesukaran mengendalikan pengujian terhadap kanak-kanak autism disebabkan masalah tingkah laku yang dialami oleh mereka seperti emosi yang tidak menentu, tidak dapat memberi tumpuan,tidak mahu mengikut arahan dan sebagainya.Kebanyakan pengkaji percaya bahawa ujian intelektual dan ujian pencapaian dapat dijalankan kepada kanak-kanak autism dengan berkesan dan hasilnya dapat digunakan untuk merancang program yang sesuai.

          Antara jenis-jenis ujian yang biasa dilakukan ke atas kanak-kanak autistik adalah Ujian Kecerdasan / Intelektual dan Ujian Tingkah Laku .


Ujian Kecerdasan/Intelektual
Ujian Tingkah Laku
  Tanggapan sesetengah orang bahawa  dalam setiap individu autism adalah genius ( Asperger Syndrome)
 Bertujuan untuk mengetahui maklumat fungsian tingkah laku individu tersebut
 Namun,kanak-kanak ini menunjukkan kelewatan dalam proses mental
  Fokus adalah untuk mengenal pasti apa yang berlaku (antecedents)tingkah laku dan akibat daripada tingkah laku.
  50-70% kanak-kanak autism mengalami kerencatan akal,yang kebanyakan skor kecerdasan (IQ) mereka adalah di antara 35-50.
 Pengenalpastian aspek ini ahli-ahli professional mencari jalan mengubah tingkah laku.
  Fokus utama adalah keupayaan mereka berfungsi dalam masyarakat.
  Gabungan kedua-duanya mampu memberi gambaran menyeluruh tentang kekurangan setiap individu
  Terdapat pelbagai  jenis ujian kecerdasan:
i.      The Wachsler Intelligence Scale
ii.     Kauffman Brief Intelligence Test
iii.   McCarthy Scales of Children’s Abilities
iv.   Slosson Intelligence Test dan lain-lain lagi

STRATEGI YANG SPESIFIK




          Menurut Kuder(2003), proses intervensi kanak-kanak bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan.Pada peringkat permulaan,tumpuan adalah kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku iaitu melalui penggunaan ubatan Ritalin bagi rawatan masalah kurang tumpuan dan hiperaktif.Pengambilan vitamin B6 bersama dengan magnesium mampu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik

          Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai aspek dan teknik bertujuan menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran di samping menghapuskan tingkah laku yang kurang sesuai seperti pengasingan, kejelakan,time out, shaping,memberi ganjaran,dendaan dan sebagainya.

          Walaupun begitu,tidak terdapat ubat yang dapat menyembunyikan autism.Melalui program pendidikan yang sesuai dan berstruktur di samping pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi,mampu membantu mengembangkan potensi mereka.Melaluinya, penyediaan perkhidmatan yang bersesuaian dapat dilakukan.Di Amerika Syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi-agensi seperti :
i.             Perkhidmatan dan bantuan teknologi
ii.           Perkhidmatan jururawat sekolah
iii.          Latihan dan kaunseling ibu bapa
iv.          Perkhidmatan pemakanan/nutrisi
v.           Program kebudayaan dan kesenian-terapi seni,muzik dan tarian
vi.          Terapi cara kerja dan
vii.        Terapi bahasa dan pertuturan

          Di Malaysia,program intervensi kanak-kanak dilaksanakan melalui program pra sekolah.Kanak-kanak ini akan melalui program pra sekolah terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia memasuki Tahun Satu.Kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas-asas mata pelajaran bahasa Melayu,Agama, Moral dan Matematik.

          Wetherby (1986),mencadangkan teknik intervensi bagi kanak-kanak autism (dalam OUM,2007).Menurutnya lagi, kesediaan untuk belajar bersungguh-sungguh harus diberi penekanan dalam intervensi bahasa kanak-kanak autism.