Menurut Kuder(2003), proses intervensi kanak-kanak
bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan.Pada peringkat permulaan,tumpuan
adalah kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku iaitu melalui
penggunaan ubatan Ritalin bagi rawatan masalah kurang tumpuan dan hiperaktif.Pengambilan
vitamin B6 bersama dengan magnesium mampu meningkatkan kesedaran dan tumpuan
perhatian kanak-kanak autistik
Pengurusan
tingkah laku merangkumi pelbagai aspek dan teknik bertujuan menambah atau
mengekalkan tingkah laku sasaran di samping menghapuskan tingkah laku yang
kurang sesuai seperti pengasingan, kejelakan,time out, shaping,memberi
ganjaran,dendaan dan sebagainya.
Walaupun
begitu,tidak terdapat ubat yang dapat menyembunyikan autism.Melalui program
pendidikan yang sesuai dan berstruktur di samping pengurusan intervensi semasa
awal kanak-kanak lagi,mampu membantu mengembangkan potensi mereka.Melaluinya,
penyediaan perkhidmatan yang bersesuaian dapat dilakukan.Di
Amerika Syarikat, program intervensi
dijalankan melalui kerjasama di antara agensi-agensi seperti :
i.
Perkhidmatan dan bantuan teknologi
ii.
Perkhidmatan jururawat sekolah
iii.
Latihan dan kaunseling ibu bapa
iv.
Perkhidmatan pemakanan/nutrisi
v.
Program kebudayaan dan
kesenian-terapi seni,muzik dan tarian
vi.
Terapi cara kerja dan
vii.
Terapi bahasa dan pertuturan
Di
Malaysia,program intervensi
kanak-kanak dilaksanakan melalui program pra sekolah.Kanak-kanak ini akan
melalui program pra sekolah terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia
memasuki Tahun Satu.Kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan
selain pengenalan kepada asas-asas mata pelajaran bahasa Melayu,Agama, Moral
dan Matematik.
Wetherby
(1986),mencadangkan teknik
intervensi bagi kanak-kanak autism (dalam OUM,2007).Menurutnya lagi, kesediaan
untuk belajar bersungguh-sungguh harus diberi penekanan dalam intervensi bahasa
kanak-kanak autism.
0 comments:
Post a Comment