Bagi Micheal Rutter
(1979),masalah kanak-kanak autism tidak hanya menggunakan bahasa pertuturan
yang sedikit,sebaliknya bagi kanak-kanak yang boleh bertutur,bahasa yang mereka
gunakan adalah bahasa yang abnormal.Ramai kanak-kanak dengan masalah autism
tidak mempunyai bahasa pertuturan langsung iaitu antara 28 hingga 61 peratus
(dalam Kuder,2003)
Bahasa kanak-kanak autism adalah
terhad dan tidak fleksibel.Kanak –kanak autism yang dapat bertutur ,banyak
bergantung kepada ingatan secara hafalan.Topik juga adalah terhad dan mempunyai
masalah dalam bahasa (gesture) yang bersesuaian. Masalah kanak-kanak autism
dikategorikan kepada tiga iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa.
Bentuk bahasa
kanak-kanak autism dibahagikan kepada tiga iaitu fonologi,
morfologi dan sintaksis.Kajian terhadap proses pertuturan
kanak-kanak autism mendapati perkembangan fonologi kanak-kanak autism adalah
sama dengan perkembangan kanak-kanak normal,namun mengalami kelewatan dalam
urutan perkembangan fonologi.Kanak-kanak autism mengalami masalah berkenaan ciri-ciri
suprasegmental dalam pengeluaran bunyi (tekanan dan sebutan).Mereka digambarkan
bercakap seolah-olah menyanyi,mempunyai keadaan turun naik dalam kesungguhan
vocal iaitu terlalu tinggi dan terlalu lembut.Mereka juga sering menggunakan
sebutan yang tidak sesuai dengan maksud sesuatu perkataan.Kanak-kanak sindrom
ini mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap dalam monotone yang berpunca daripada
ketidakupayaan kanak-kanak ini memproses ciri-ciri pertuturan suprasegmental ,
namun kajian gagal membuktikan hipotesis tersebut. (Kuder,2003)
Ada pula kalangan pengkaji yang
menyatakan bahawa kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang
nonsegmental ( prosodi).Kelainan prosodi seperti berikut ( Modul OUM,2007)
i.
Irama
yang stereotaip
ii.
Pengeluaran
bunyi vokal yang berubah-ubah
iii.
Pertuturan
yang monotonus dengan suara yang terhad
iv.
Tidak
menunjukkan perbezaan dalam intonasi ketika percakapan
Kajian terhadap morfologi
kanak-kanak autism mendapati wujudnya persamaan dan perbezaan antara
perkembangan bahasa kanak-kanak autism dengan kanak-kanak normal. Fein &
Waterhouse dalam kajiannya mendapati pemerolehan morfem antara kanak-kanak
autism dengan kanak-kanak yang mengalami masalah schizophrenic dan kanak-kanak yang kurang upaya, tidak terdapat
perbezaan yang ketara sama ada dalam jumlah morfem yang digunakan atau dari
segi kekerapan penggunaan morfem (dalam Kuder,2003).
Hasil kajian bagi aspek sintaksis kanak-kanak autism mendapati
perkembangan sintaksis mereka perlahan dan mempunyai masalah dari segi
penggunaan bahasa dalam situasi sosial. Gunningham (1968),telah melakukan
kajian terhadap perkembangan pertuturan ke atas seorang kanak-kanak autism
selama lima tahun ( umur 6 hingga 11 bulan) dan mendapati MLU kanak-kanak itu
meningkat secara mendadak dari 19 ayat kepada 30 ayat dalam masa 6 bulan
pertama.Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak autism sering meninggalkan
tatabahasa morfem dan fungsi perkataan (dalam Kuder,2003). Pierre &
Bartolucci (1977),dalam kajiannya untuk membandingkan perkembangan sintaksis
dalam kalangan kanak-kanak autism,kanak-kanak kecacatan mental dan kanak-kanak
normal mendapati perkembangan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak autism jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal..Bahasa kanak-kanak
autism kurang kompleks berbanding dengan kanak-kanak lain walaupun kanak-kanak
autism menggunakan struktur ayat atau bahasa yang sama (dalam Kuder,2003).
ASPEK SEMANTIK
Kanak – kanak autism dikatakan
mempunyai bahasa mereka tersendiri (idiosinkratik)
iaitu maksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik kerana menunjukkan
proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.Mereka mampu
mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar tetapi gagal membuat
generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi baru.Kesukaran
untuk mengorganisasi, menggunakan dan menyelesaikan masalah adalah bentuk
masalah kemahiran semantic yang dikaitkan dengan autism.Volden & Lord
(1991) memdefinasikan idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam
keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.Kanak-kanak autism juga
akan mengalami masalah dalam penggunaan ayat yang betul.
Kanak-kanak autism mengalami masalah dari segi hubungan sosial iaitu dari segi pragmatik bahasa.Bahkan lagi, kanak-kanak autism disifatkan sebagai kaku dan ketidaksesuaian bersosial (Shapiro & Fish 1969).Tigerman – Faber (2002) menyenaraikan masalah pragmatik yang berkaitan dengan autism (dalam Kuder,2003) iaitu
i.
Memula dan menamatkan
interaksi
ii.
Mengekalkan topik
perbualan
iii.
Melaksanakan peranan
pendengar dan penyampai maklumat
iv.
Menggunakan pergerakan
untuk mencapai matlamat komunikasi
PENGGUNAAN BAHASA ( SEMANTIK )
Selain
itu,kanak-kanak autism juga menghadapi masalah dari segi penggunaan
bahasa,contohnya kata ganti nama kerana kekeliruan yang melibatkan rujukan
jantina seperti ‘he’ atau
‘she’.Seringkali kata ganti ‘you’ digunakan untuk dirinya ‘I’ untuk
orang lain. Kanak-kanak autism juga mengalami ekolalia iaitu tingkah laku mengulang-ulang apa yang dicakapkan
tanpa niat untuk berkomunikasi dan dan berlaku secara automatic.Ekolalia dapat
dikategorikan kepada tiga iaitu
i. Ekolalia serta-merta (immediate
ecolalia) – pengulangan yang
tepat dan serta-merta
ii. Ekolalia lewat (delayed ecolalia) – diucapkan agak lewat atau agak
lama
iii. Ekolalia ringan (mitigated) – pengulangan segera tetapi terdapat
perubahan apa yang dipertuturkan
Bagi
kanak-kanak autism ,ekolalia terjadi dengan kekerapan yang tinggi dan dalam
jangka masa yang lama (mungkin usia agak dewasa).Mereka kurang memahami akan
apa yang didengari dan akan meniru sahaja sebutan tersebut.Mereka juga tidak
berani untuk berkomunikasi dengan ibu bapa,rakan-rakan, guru dan orang lain di
sekelilingnya.
1 comments:
Izinkan sy jadikan post ini sbgai rujukan :)
Post a Comment