Thursday, November 29, 2012

DEFINISI AUTISME.


Autisme merupakan satu fenomena baru di Malaysia berbanding perkembangannya di negara-negara Barat.Ia mula menjadi salah satu bidang kajian apabila Leo Kanner mengemukakan dapatan beliau daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap 11 orang kanak-kanak di John Hopkins Hospital,Baltimore,Maryland.Kanner mendapati kanak-kanak itu mempunyai satu set tingkah laku yang berbeza dan dinamakan sebagai  satu sindrom early childhood autism (Wing 1976)

          Eugene Blueler merupakan orang yang pertama sekali menggunakan perkataan autism yang merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.Walaubagaimana pun kini istilah autism merujuk developmental disorder  atau masalah perkembangan.Istilah autism dikenali sebagai autisme dalam bahasa Melayu.

          Menurut kamus perubatan,autisme adalah penyerapan dalam fantasi sebagai pelarian daripada realiti.Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme.Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder,1994:

                   “Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions which prevents a person from organizing and understanding information transmitted by their senses.It can cause a person to withdraw into own self and can affect social interactions with the outside world dramatically.”

            Daripada definisi dapatlah difahami bahawa autisme adalah satu fenomena yang serius dan akan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan yang positif boleh berlaku.Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder,lagi autisme adalah sejenis ketidakupayaan yang agak serius terhadap perkembangan yang amat ketara dalam tiga tahun pertama dalam kehidupan seorang kanak-kanak.Autisme juga dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi.Kadar kejadian autism ialah 16 kes dalam 10,000 kelahiran (Rodler 2000).Kemungkinan untuk anak lelaki mendapat autistik adalah empat kali ganda (4:1)berbanding dengan perempuan.Autisme didapati dalam keluarga daripada semua etnik dan latar belakang sosial.


            Autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme bererti aliran. Dalam erti kata lain, autism bermaksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.Autisme juga dikategorikan sebagai ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial,gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.

          Viayan a/l Gopal merujuk autism sebagai gangguan perkembangan pervasive ( pervasive developmental disorder) .American Psychiatric Association (1994), pula menyatakan bahawa gangguan ini berkisar kepada tiga perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang stereotaip dan terhad.

          Gejala autism mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun.Kanak-kanak sindrom ini sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.Kanak-kanak autism juga akan mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap.Mereka juga berkemungkinan tidak dapat bertutur sebaliknya hanya akan mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan oleh orang lain.Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.
         
          Trevarthen et.al (1998),menyatakan hampir kesemua kes autism menghadapi gangguan interaksi sosial,masalah kemahiran berkomunikasi dan aspek imaginasi.Namun begitu,tahap gangguan ini tidak sama di antara satu individu autism berbanding yang lain (Wing 1976).Kanak-kanak autism kategori teruk menghadapi masalah yang serius berbanding dengan kanak-kanak autism kategori ringan dan berfungsi tinggi.(Jordan 1997 )

          Persatuan Autisme Amerika Syarikat telah mendefinasikan autism sebagai ketidakupayaan yang rencam,kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak belum meningkat umur tiga tahun.Ia berpunca daripada kecelaruan neurological yang mengganggu fungsi otak kanak-kanak autism.Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autism adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.

          Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia ( NASOM) menjelaskan autism sebagai suatu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi.Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung.Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ,seni muzik ,”rote memory” dan lain-lain.


                 Vijayen Gopal (2001), Autisme :Satu Pengenalan,Esei Pendidikan Jurnal Keningau,Bil.3,Jabatan Pengajian Melayu

                   Rodler,Patricia M,2000.”The Early Origin of Autism”.(dalam talian), http://www.autism-info.com/orgausta.html ( 30 November 2000)

                   Wing, Lorna (pngr.).1976. Early Childhood Autism:Clinical ,Educational and Social Aspects,Oxford: Pergamond Press.

0 comments:

Post a Comment